TERNAKAN ITIK TELUR
PEMILIHAN BAKA
Baka
itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik.
Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui
keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
- mempunyai daya hidup yang tinggi
- bebas dari kecacatan
- penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
- menghasilkan telur yang berkualiti
- berat antara 65 - 75 gm sebiji
- kulit telur adalah keras
- warna kuning telur kemerah-merahan
- saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
- ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
- Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.
- Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
- Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
PERALATAN
Induk palsu antaranya:
anak itik yang baru menetas. sumber: ayam belanda utara
- Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
- Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
- Sarang bertelur
- Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
PEMAKANAN
Satu
lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek
ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi
mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan
menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai
jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam
mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
- Makanan komersil
- Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil
Ialah
makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana
ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur
|
Jenis Makanan
|
Kandungan
| |
Protin
|
Tenaga
| ||
0 - 2 minggu | “Duck Starter” |
20 %
|
2700-3000
|
2 - 3 minggu | “Duck Starter” dicampur “Duck Grower” |
-
|
-
|
4 - 16 minggu | “Duck Grower” |
16 %
|
2500 - 2800
|
16 minggu dan semasa bertelur | “Layer” |
17 %
|
2600 - 2900
|
2. Makanan Campuran Sendiri
Satu
rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan
yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan
yang baik.
Bahan-bahan:-
Beras
hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang
soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic
pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur
| |
0 - 4 minggu | 1.2 kg. - 1.6 kg. |
5 minggu - 22 minggu | 11.0 kg - 11.8 kg |
22 minggu ke atas (semasa bertelur) | 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari |
Bagi
itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu.
Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik
tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara
1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah
1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
- Menjaga kebersihan ladang setiap masa
- Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
- Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.
- Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
- Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
- Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya
adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati
dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu
lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
- Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
- Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik
telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16
jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu
siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan
3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di
dalam bangsal.
- Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
- Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
- Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.
PENGURUSAN
Pengurusan
yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu
tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima.
Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
- Persediaan sebelum ketibaan anak itik
- Pemeliharaan semasa perindukan
- Pengurusan semasa membesar
- Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
- Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
- Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.
- Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
- Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
- Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
- Beri antistress selama 3 hari.
- Beri makanan duck starter crumble tanpa had
- Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
- Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
- Keluarkan alat pemanas dan pembentung
- Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
- Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
- Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl
- Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
- Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-
- Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.
- Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.
- Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.
- Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
- Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
- Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
- Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
- Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
- Semak keperluan cahaya mengikut umur itik
PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh
dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang
persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi
kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas
roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0.
Telur Masin
- Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
- Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.
PENGURUSAN REKOD
Menyimpan
rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada
beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang
sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada
menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi
memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan
- Rekod pemeliharaan/pengurusan
- Rekod kewangan